Unit Trust
atau juga dikenali sebagai Saham Amanah merupakan salah satu cara untuk
menyimpan/melabur wang... Kali ini saya akan membincangkan kelebihan dalam
Pelaburan Unit Trust...
1.
KEPELBAGAIAN : Pelaburan Unit Trust memberi peluang kepada para pelabur/pendeposit
untuk melabur dalam pelbagai industri. Antara industri yang sesuai untuk
disertai adalah dalam industri minyak & gas, telekomunikasi dll. Selain itu
juga, pelabur berpeluang untuk melabur dalam ekuiti (saham) atau bond
(pinjaman), dan pada kebiasaannya pelaburan dalam ekuiti (saham) memberi
pulangan yang lebih besar berbanding bond (pinjaman).
2. KECAIRAN
: Pelaburan Unit Trust memberi kelebihan dalam kecairan kerana pelaburan boleh
dijual semula (repurchase) pada bila-bila masa. Ini kerana, Institusi Pengurus
Dana (IPD) akan bertindak sebagai pembeli sedia ada (ready buyer) yang akan
membeli semula saham daripada pelabur.
3.
"AFFORDABILITY" = Pelaburan Unit Trust memberikan peluang kepada para
pelabur untuk memulakan pelaburan dengan modal permulaan (minima) sebanyak
RM1,000.00 dan penambahan (topup) RM100.00 . Dengan modal yang sedikit ini
dapat memberi peluang kepada pelabur untuk melabur dalam pelbagai industri yang
mampu memberi pulangan yang tinggi seperti di item 1.
4. KEPAKARAN
& PENGALAMAN = Pelaburan Unit Trust mempunyai kelebihan kerana portfolio
wang pelaburan para pelabur akan dikawalselia oleh Pengurus Dana yang
berpengalaman dalam memilih kaunter saham yang berpotensi memberikan pulangan
yang tinggi kepada para pelabur.
5.
"EASY ACCESS" = Pelaburan Unit Trust menjadi semakin mudah kerana
terdapat banyak cawangan-cawangan IPD yang dibuka di seluruh Malaysia untuk
memudahkan urusan pelabur. Tambahan pula dengan teknologi maklumat yang semakin
berkembang, para pelabur boleh menyemak status pelaburan mereka secara
"atas talian" (online) melalui medium yang disediakan oleh IPD.
6. SELAMAT =
Walaupun wang Pelaburan Unit Trust ini diuruskan oleh Institusi Pengurus Dana,
wang pelaburan dalah dikawal selia oleh pemegang amanah. Jika IPD diisytihar
"bankrap", wang pelaburan masih selamat.
7. PULANGAN
YANG TINGGI = Prestasi Pelaburan Unit Trust dapat memberi pulangan yang sangat
tinggi berbanding simpanan di akaun deposit bank, simpanan tetap dll.
Untuk
pertanyaan lanjut boleh hubungi saya:
Ikhwan Nizam bin Abdul Rahim
Tel : 0162629696 / 0197140817
Email : ikhwannizam.ar@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan