Selasa, 7 Jun 2011

Pelaburan Melalui KWSP


Ada yang bertanya. “Saya tiada wang, bagaimana saya boleh melabur?”.

Adakah anda tahu bahawa anda boleh melabur sebahagian daripada wang KWSP (Akaun 1) anda ke unit amanah adalah dibenarkan oleh Kementerian Kewangan untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi?
Sila rujuk:
Wang pelaburan anda akan dilaburkan ke Dana-dana Berasaskan Shariah yang operasi dan pelaburannya dipantau supaya mematuhi prinsip-prinsip Shariah.

Untuk membuat pelaburan KWSP, pertama sekali kita mestilah tahu berapa jumlah terkini yang ada di Akaun 1. Anda boleh menyemak di Pejabat KWSP berdekatan atau di Kiosk2 tertentu dan juga melalui online dengan syarat anda telah pun ada i-akaun.
Sila rujuk link ini untuk mengetahui Pejabat KWSP @ Kiosk berdekatan  dengan Encik/Puan/Cik.

Maklumat tambahan, untuk mengetahui bagaimana hendak mendaftar i-akaun sila rujuk di sini :

Faedah: boleh melihat secara terus statement akaun KWSP dan mengetahui jumlah kelayakan untuk membuat pengeluaran termasuk  pelaburan unit amanah.
Setelah mengetahui baki Akaun 1 anda, bolehlah terus membuat pengiraan untuk mengetahui berapakah jumlah yang anda layak untuk membuat pengeluaran unit amanah.
Di sini, saya membuat andaian umur anda sekarang sudah berumur 30 tahun; baki akaun 1 ialah RM 23,000.00 (jumlah ini adalah jumlah minimum yang layak untuk membuat pengeluaran pada umur 30 tahun); Simpanan asas RM 18,000.00.
Sila rujuk jadual ini untuk mengetahui simpanan asas anda.

UMUR (TAHUN)
SIMPANAN ASAS (RM)
UMUR (TAHUN)
SIMPANAN ASAS (RM)
18
1,000.00
37
34,000.00
19
2,000.00
38
37,000.00
20
3,000.00
39
41,000.00
21
4,000.00
40
44,000.00
22
5,000.00
41
48,000.00
23
7,000.00
42
51,000.00
24
8,000.00
43
55,000.00
25
9,000.00
44
59,000.00
26
11,000.00
45
64,000.00
27
12,000.00
46
68,000.00
28
14,000.00
47
73,000.00
29
16,000.00
48
78,000.00
30
18,000.00
49
84,000.00
31
20,000.00
50
90,000.00
32
22,000.00
51
96,000.00
33
24,000.00
52
102,000.00
34
26,000.00
53
109,000.00
35
29,000.00
54
116,000.00
36
32,000.00
55
120,000.00

Formula : Amaun Yang Layak Dikeluarkan • Formula: (Akaun 1 – Simpanan Asas) x 20%
(RM 23000.00 - RM 18000.00) x 0.2 = RM 1,000. (jumlah mimimum yang layak untuk membuat pengeluaran).
Untuk makluman, pelaburan melalui KWSP boleh dilakukan 4 kali setahun. Jadi penambahan pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan.

Setelah kita mengetahui jumlah yang layak untuk laburkan, saya akan memberikan borang permohonan bagi menguruskan pengeluaran Akaun 1 di KWSP dan seterusnya dilaburkan dan diuruskan oleh Institusi Pengurus Dana yang dibenarkan oleh KWSP.
.
Untuk penerangan mengenai strategi pelaburan / maklumat mengenai dana akan saya sambung sewaktu temujanji saya bersama anda.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi saya di 0162629696 / 0197140817 atau email ikhwannizam.ar@gmail.com

************************
IKHWAN NIZAM BIN ABDUL RAHIM
Unit Trust Consultant
0162629696
ikhwannizam.ar@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan